27 July 2008

Berpindah Ke Alamat Baru


MAKLUMAN:
Ingin dimaklumkan bahawa WartaNasional.Net akan berpindah ke alamat baru mulai 1 Ogos 2008.
Kepada pelayar dan pengunjung tetap blog ini, anda masih terus bersama dengan WartaNasional.Net dengan menekan 'klik' alamat baru seperti dibawah:


Segala kesulitan amatlah dikesali dan tidak lupa pihak kami juga merakamkan jutaan terima kasih diatas kesudian anda melayari blog kami selama ini.

Webmaster
WartaNasional.Net

Ahli Parlimen PKR jumpa Najib?


Oleh Mohd Sayuti Omar

BERITA ini belum heboh lagi. Tetapi Penasihat PKR Anwar Ibrahim khabarnya sudah menghidu baunya. Ada seorang ahli Parlimen daripada PKR telah pergi berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak.

Untuk apa? Apakah perjumpaan itu ada kena mengena dengan isu yang timbul ke belakangan ini; isu tuduhan liwat ke atas Anwar dan juga isu muzakarah dengan Pas! Tetapi kalau semata-mata isu itu kenapa sampai pergi jumpa Najib, bukankah Najib itu timbalan presiden Umno?

Kalaulah ahli Parlimen itu pening memikirkan apa yang berlaku akhir-akhir ini takkanlah beliau sampai perlu rujuk kepada Najib. Tentulah ada sesuatu yang tidak kena agaknya. Kalau tidak masakan pergi mencari timba.

Saya belum dapat maklumat sahih mengenai desas desus ini, sedang siasat. Tetapi khabarnya ahli Parlimen itu berasal dari negeri di Pantai Timur. Umurnya di bawah 50 tahun dan baru pertama kali menang dalam pilihan raya pada 8 Mac lalu.

Kalau tidak silap semasa berceramah di Stadium Melawati Shah Alam, Anwar ada menyebut yang maklumat dalam parti PKR banyak yang bocor. Apa-apa yang berlaku dalam PKR sekelip mata sahaja dah sampai ke pengetahuan Umno.

Misalnya cadangan Anwar untuk mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya telah dibocorkan oleh mereka tidak bertanggungjawab. Gara-gara rahsia itu terdedahlah maka laporan polis dibuat oleh Mohd Saiful Buhkari Azlan untuk menghalang niatnya itu.

Berdasarkan apa yang disebut Anwar itu desas desus ini mungkin benar. Cuma agak membingungkan juga untuk apa ahli Parlimen itu berjumpa Najib. Apakah ahli Parlimen berkenaan ada hubungan kekeluaraga dengan Najib atau pun berasal dari negeri yang sama, Pahang?

Kenapa tidak pergi jumpa Abdullah Ahmad Badawi? Persoalan juga timbul apakah tindakan ahli Parlimen ini ada kena mengena dengan kemasukan Mohamad Ezam Mohd Nor dalam Umno?

Kita tunggu perkembangan selanjutnya. Kalau berita ini benar ia mengejutkan. Ini sudah dikira wal asal balik hasil. Harap-harapnya perjumpaan itu tidak berkaitan politik tetapi sekadar berjumpa biasa saja seperti mana pemimpin Pas berjumpa (muqabalah) dengan pemimpin Umno sahaja.

26 July 2008

7 bekas Adun BN bakal ikut jejak Fauzi!!


Oleh: Cucu Mat Kilau


TAMPARAN hebat buat UMNO dan BN Pahang, maklumat terkini diterima tujuh lagi bekas Adun BN bakal mengikuti jejak langkah Dato' Fauzi Abd Rahman.

Memang inilah yang ingin disaksikan sejak sekian lama, evolusi kehancuran "Dinasti UMNO" di Pahang akan bermula.

Biarpun ada dikalangan pemimpin UMNO Pahang yang masih mempertahankan kononnya UMNO makin utuh biarpun tokoh UMNO Pahang itu menyertai PKR baru-baru ini.

Namun mereka harus ingat dan sedar bahawa Fauzi bukan sembarangan. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Parlimen, ADUN dan juga Ketua UMNO Bahagian. Bahkan, ayahandanya juga adalah merupakan bekas Menteri Pelajaran yang cukup terkenal di zaman PM Tuanku Abdul Rahman.

Maka itu, UMNO Pahang harus menerima kenyataan bahawa kemasukan Fauzi bakal mendorong lebih ramai lagi pemimpin UMNO Pahang berbuat demikian. MB Pahang, Dato' Nan kini semakin kepanasan. Tidurnya juga mungkin tak lena. Mandi mungkin tak basah. Apa tidaknya, penyertaan Fauzi dalam PKR merupakan satu tamparan hebat buat kepimpinan beliau.

Sebelum ini UMNO Pahang dikecohkan dengan tindakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga bekas Adun Lepar, Dato' Tajuddin Sulaiman meletakkan jawatannya. Kini angin semakin bertiup kencang bahawa negeri Pahang bakal menerima kejutan yang lebih besar selepas ini.

Umum sudah mengetahui bahawa, sebuah syarikat pembalakan telah menyaman dan menfailkan tindakan mahkamah untuk menyita negeri Pahang. Ini kerana kegagalan UMNO Pahang untuk mematuhi arahan mahkamah yang mengarahkan kerajaan negeri membuat bayaran gantirugi jutaan ringgit terhadap syarikat terbabit, akibat penipuan isu balak.

Baru-baru ini juga turut didedahkan tentang penjualan tanah UMNO Pahang kepada syarikat asing dan juga pembalakan haram yang masih berleluasa di negeri ini. Entah apa nak jadi dengan negeri Darul Makmur ini, sejak sekian lama segala hasil mahsul negeri diceroboh oleh pemimpin-pemimpin yang rakus dan tamak.

Sebelum ini juga Dato' Fauzi pernah membuat laporan polis tentang penyelewengan yang dilakukan oleh bekas MB yang kini menjadi "Sultan" Melaka iaitu Khalil Yaakob terhadap isu pembalakan. Apa tidaknya, bagi memastikan Sabah jatuh ketangan BN, Khalil telah merompak hasil balak Pahang hingga ke tahun 2010. Habis hutan dara ditarahnya.

Akhirnya, beliau bertuah kerana dianugerahkan gelaran "Tun" dan menjadi "Yang Di Pertua Melaka" oleh PM Mahathir hasil jasa-jasanya itu. Entah mengapa, sejak sekian lama isu pencerobohan tanah dan balak Pahang tidak dapat dibenteras oleh pemimpin UMNO/BN ini?.

Apakah yang mereka lakukan selama ini agaknya. Difahamkan, sebenarnya pencerobohan balak di Pahang didalangi oleh pemimpin UMNO negeri ini sendiri. Ia sebenarnya pencerobohan berlesen yang langsung tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Apa tidaknya, jika ada pun pegawai perhutanan yang ingin menyiasat dan mengambil tindakan. Maka amaran keras akan diberikan oleh penceroboh itu sendiri, seolah-olah ada "lampu hijau" dari pihak atasan.

Jika tidak pun, semua pegawai terbabit akan disuap siap-siap dengan "imbuhan" untuk tujuan menutup mulut. Justeru itulah, dari sehari ke sehari kawasan hutan di Pahang semakin pupus. Jika UMNO/BN terus diberi kuasa, maka sudah pasti generasi akan datang tidak lagi dapat hidup aman dan makmur seperti yang terdapat dalam motto pilihanraya BN baru-baru ini.

Akibat kesedaran yang maha meluap-luap inilah menyebabkan rakyat sudah mula celik dan menuntut perubahan. Hasilnya, belum pernah tercipta dalam sejarah dua buah kawasan parlimen paling penting di Pahang telah berjaya ditakluki oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Bahkan, lima buah DUN juga telah jatuh biarpun selama ini ianya terlalu sukar untuk diramalkan. Sokongan rakyat sebenarnya semakin melonjak, apatah lagi kini dengan isu "liwat" Anwar Ibrahim. Rata-rata rakyat sudah muak dengan "sandiwara politik" ciptaan UMNO ini. Majoritinya sudah tidak yakin lagi dengan apa yang disajikan. Mereka melihat dan yakin bahawa kes terbaru Anwar ini adalah sememangnya satu tindakan drastik untuk menghalang Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kepimpinan negara.
Mereka sedar, jika ini berlaku ramai pemimpin UMNO/BN ini akan "terkencing" di buatnya apabila sistem kehakiman di negara ini dirombak dan diperbetulkan kembali nanti.

Lantaran itulah kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi kini !. Jika Anwar menjadi pencetus gelombang kebangkitan rakyat di seluruh negara. Maka, Fauzi bolehlah dianggap pencetus gelombang perubahan di negeri Pahang. Maka itu, hijrahnya Fauzi ke dalam PKR bakal menyaksikan lebih ramai pemimpin UMNO/BN Pahang berbuat demikian.

Harus diingat, Fauzi lebih hebat dari Adnan Yaakob, Tan Aminuddin, Sharkar Shamsuddin serta lain-lain exco kerajaan negeri sekarang. Mungkin boleh dikatakan ketokohan Fauzi berada setakuk di belakang Najib di bumi Darul Makmur ini.
Jika Najib mewarisi kepimpinan ayahandanya PM Tun Razak. Maka, apa kurangnya Fauzi, beliau turut mewarisi ketokohan ayahandanya Abd Rahman Talib, bekas menteri di zaman Tunku. kekuatan inilah yang diramalkan bakal menyaksikan satu gelombang kebangkitan yang lebih besar di negeri Pahang selepas ini.

Maklumat diterima daripada SB Cucu, tujuh lagi bekas Adun BN dari UMNO bakal mengucapkan selamat tinggal kepada parti karat itu. Mungkin masanya sudah tiba untuk mereka bersama rakyat, setelah berjuang sekian lama dalam UMNO.

Khabarnya, beberapa pertemuan "sulit" telah diatur di dalam dan luar negara sebelum ini. Pertemuan tersebut telah diuruskan oleh salah seorang bekas pemimpin kanan PKR Pahang, yang kini tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti lagi. Menurut laporan, hasil pertemuan tersebut kesemua mereka telah bersetuju untuk "mengganyang" pimpinan UMNO Pahang dalam pilihanraya umum akan datang.

Mereka kini hanya menunggu isyarat rasmi daripada pihak tertentu untuk tujuan ini. Sebelum ini UMNO Pahang telah dikecohkan apabila dua orang pemimpin UMNO yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri dikatakan bakal bersama Pakatan Rakyat.

Laporan tersebut menyebabkan UMNO Pahang sedikit bergolak hingga memaksa individu terbabit membuat kenyataan terbuka yang mereka masih sayangkan UMNO. Begitulah nasib wakil rakyat UMNO ini sebenarnya, biarpun mereka sudah jijik berada dalam parti karat itu namun dek kerana tekanan akhirnya mereka terpaksa akur dan tidak tergamak untuk berpaling tadah.

Apapun, kita masih menantikan lebih ramai lagi pemimpin UMNO negeri untuk melakukan penghijrahan selepas ini. Mungkin ada yang membuat kenyataan secara terbuka dan ramai juga yang secara senyap-senyap. Inilah yang amat ditakuti oleh UMNO Pahang sebenarnya. Mereka tahu, Pahang masih selamat dari gelombang "Tsunami Pilihanraya" kerana paksaan, sogokan dan tekanan yang dibuat kepada golongan peneroka Felda dan orang asli di negeri ini.

Umum mengetahui bahawa negeri Pahang mempunyai skim rancangan Felda yang paling luas. Tambahan pula menteri yang ditugaskan menjaga Felda ialah, anakanda pengasas Felda (Tun Razak) itu sendiri iaitu Najib. Maka itulah ada yang mengatakan Pahang terlalu sukar untuk jatuh ke tangan pembangkang. bayangkan setiap kali musim pilihanraya, berbagai tekanan dibuat terhadap peneroka.

Itu belum termasuk "imbuhan ribuan ringgit" yang dihulur beberapa hari menjelang hari pengundian. Atas alasan inilah, Pahang dilihat terlalu sukar untuk ditakluki. Namun, manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Siapa sangka Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang boleh jatuh ke tangan Pakatan rakyat baru-baru ini?. Semuanya kerana takdir dan perubahan minda rakyat yang berlaku sejak sekian lama. Maka itu, kemasukan Fauzi ke PKR diharap bakal meranapkan "rejim UMNO" di negeri ini.

Kita juga berharap agar tujuh bekas Adun yang kini sedang memanaskan badan di bangku simpanan sudah bersedia untuk masuk ke padang, bagi berjuang membela nasib rakyat. Soalnya, siapakah bekas Adun dan YB terbabit? Nantikan "pembongkaran" seterusnya selepas ini.

Apapun, lebih elok nama-nama mereka ini "dirahsiakan" terlebih dahulu, kerana kita khuatir mereka juga akan diberi tekanan oleh pemimpin UMNO negeri selepas ini. Mungkin mereka bakal melakukannya bila-bila masa sahaja mulai sekarang. Sama-sama kita nantikan dan berdoa agar pendirian mereka tidak akan berubah walau apa jua dugaan yang bakal mendatang.

Apakah kepimpinan PKR Pahang bakal berubah dengan kemasukan para pemimpin UMNO yang cukup berpengalaman dan amat dikenali ini?. Segalanya berkemungkinan sekarang. Apapun Cucu ucapkan ribuan terima kasih kepada SB Cucu atas maklumat terkini ini. Mungkin beliau juga akan kembali bersama kepimpinan PKR Negeri tidak lama lagi ].

Isu kereta rasmi: Amaran Mohd Sabu kepada kerajaan


Oleh: Harakahdaily


Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu memberi amaran, pihaknya sama sekali tidak akan bersetuju dengan sebarang bentuk pembaziran wang rakyat sama ada dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

"Saya ingin mengingatkan kerajaan negeri, sama ada BN atau Pakatan Rakyat, sama ada mereke hendak guna Mercedes Benz atau Proton Perdana, mereka tidak harus sesekali membazirkan wang rakyat," tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau berkata demikian dalam reaksinya terhadap kos penyelenggaraan yang tinggi ke atas kereta rasmi kegunaan Exco Kerajaan Negeri Terengganu sebagaimana yang didedahkan media sekarang ini.

Pendedahan dibuat oleh kerajaan negeri Terengganu mengenai kos penyelenggaraan yang tinggi Proton Perdana, turut diakui kerajaan negeri Pahang, Kelantan, Kedah dan Selangor.

Penggunaan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi, dilaksanakan kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau pun Negeri, selaras dengan dasar kerajaan untuk mengutamakan kenderaan keluaran nasional.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini banyak kerajaan negeri terpaksa menimbang semula dasar tersebut akibat kos penyelenggaraan kereta nasional yang amat tinggi.

Dalam reaksinya mengenai kos penyelenggaraan yang tinggi, Naib Presiden PAS itu berkata, beliau bimbang wujud penyelewengan atau ketidaktelusan dalam tuntutan kos-kos yang berkaitan.

"Kenderaan-kenderaan rasmi kerajaan adalah milik rakyat, sesiapa yang menggunakan kenderaan itu harus menjaga amanah rakyat sebaiknya, jangan sesekali milik peribadikan hak ini.

"Oleh kerana itu, saya dan rakan-rakan, akan terus menentang sekeras-kerasnya pembaziran wang rakyat, sama ada dilakukan oleh BN atau Pakatan Rakyat.

Demonstrasi batal: terima keputusan majlis syura ulama


AHLI dan penyokong PAS yang mengugut ingin mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini membatalkan niat berbuat demikian selepas keputusan majlis syura ulama kelmarin.

Beberapa sumber memberitahu Malaysiakini, ugutan untuk berhimpun telah dibatalkan dalam satu mesyuarat tidak lama selepas majlis syura yang bertemu di Kota Bharu menyokong pemimpin PAS “bersemuka” dengan Umno.

Sehingga jam 3 petang, perhimpunan itu diura-urakan bermula jam 2.30 petang, tiada seorang pun penyokong atau ahli PAS kelihatan di depan pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Beberapa wartawan yang mengikuti perkembangan itu juga meninggalkan bangunan tersebut.

Malaysiakini difahamkan beberapa kakitangan ibu pejabat turut mendengar ura-ura perhimpunan tersebut, dipercayai dirancang antaranya oleh satu kawasan dari Pahang.

Perhimpunan itu mahu dilihat sebagai “usaha spontan ahli-ahli akar umbi” menyatakan sikap terhadap usaha dialog yang diketuai oleh timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dengan dukungan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ahli dan penyokong PAS awal minggu ini disebarkan menjelang pertemuan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan anggota-anggota majlis syura, termasuk Abdul Hadi dan Nasharuddin. - malaysiakini.com

23 July 2008

Demontrasi bantah muzakarah PAS-UMNO jumaat ini?


SATU perhimpunan demontrasi berhubung muzakarah PAS-UMNO dilaporkan akan berlangsung di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut pada Jumaat ini.

Difahamkan tindakan ini diambil sebagai membantah usaha parti islam itu menjalinkan kerjasama dengan UMNO yang tidak membawa apa-apa keuntungan.

Selain itu, demontrasi ini juga menyokong penuh terhadap kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menggesa cadangan muzakarah itu dihentikan kerana ia akan memecahbelah parti tersebut.

Perhimpunan yang dikatakan diketuai sekumpulan penyokong kuat PAS itu hanya akan diputuskan sebaik sahaja menerima perkembangan keputusan mesyuarat Majlis Syura parti itu yang dipengerusikan Nik Aziz sendiri di Kota Bharu hari ini.

Presiden PAS, TG Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dijangka turut hadir ke mesyuarat tersebut.

Muzakarah dengan UMNO: Nik Aziz anggap semai perpecahan


MURSYIDUL Am PAS menyamakan tawaran Umno hendak bermuzakarah dengan kisah Masjid Dhirar yang pernah dibina bagi tujuan memecahbelahkan Islam.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masjid itu dibina bukan untuk penyatuan tetapi untuk menyemai benih perpecahan.

"Kisah Masjid Dhirar bukan dongengan orang terdahulu, tetapi ada di dalam al-Quran sebagaimana dalam Surah At-Taubah di mana terdapat empat niat jahat maksud pembinaan masjid itu iaitu untuk menimbulkan kemudharatan kepada orang-orang mukmin.

"Untuk kekafiran, memecah belah antara orang-orang mukmin dan untuk menunggu kedatangan oang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, suasana itu boleh kita kiaskan bagi membaca niat pemimpin Umno yang sangat beria-ia untuk bermuzakarah dengan pemimpin PAS.

Menurutnya Umno bercakap soal menjaga Islam dan Melayu ini seolah-olah hanya mereka sahaja yang boleh menjaga orang Melayu.

"Dia fikir dia seorangkah yang mengerti dan bertanggungjawab menjaga Islam. Dia sudah lama memegang kerajaan. Boleh jadi, Umno sudah sampai ke peringkat tidak percaya orang lain juga boleh menjaga Islam dan Melayu.

"Sedangkan PAS pun faham dan reti juga dan mungkin lebih reti daripada mereka dalam perkara ini. Jangan Umno fikir ini Islam dan Melayu hak monopoli, hak eksklusif yang menjadi pajakan Umno sahaja," katanya.

Bagaimanapun katanya, kalau perlu juga kepada muzakarah bolehlah difikirkan selepas pilihan raya umum ke-13.

Baru-baru ini media melaporkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa Umno dan PAS sudah mengadakan tiga kali pertemuan membincangkan perkara berkaitan agama dan perpaduan Melayu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa bimbang PAS akan dianggap sebagai khianat kepada rakan-rakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Saya cukup kesal. Selaku Mursyidul Am, saya berhak menegur. Ini berasaskan prinsip Wal-Ashr. Dalam semangat demokrasi pun, ini menandakan bahawa masih suburnya proses konsultasi, berbeza atau bersamaan pendapat dalam PAS.

"Pada saya, muzakarah boleh, tetapi atas dasar peribadi dan tidak atas nama parti,"ujarnya.
Kata beliau apa jaminan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak berpecah dengan langkah terlalu ghairah untuk bermuzakarah sesetengah pemimpin.

Ini katanya boleh disifatkan sebagai anti perpaduan dan anti kestabilan.

"Contoh telah pun ada pada tahun 1970-an di mana PAS berpecah tiga iaitu Berjasa, Hamim dan Bebas Bersatu. Bagaimanapun, jika diteruskan juga dan berlaku perpecahan.

"Saya tidak mahu memikul tanggungjawab langkah yang saya tidak restu,"kata beliau. - HarakahDaily.Net

22 July 2008

Muzakarah dengan UMNO, hancurkan PAS


Oleh: nakmarahmarahlah


DALAM suasana hiruk pikuk politik negara yang semakin tidak keharuan terutama isu mengaitkan nama pemimpin besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS pula akhir-akhir ini seolah-olah terikut dengan budaya sentimen kedua-dua tokoh itu yang terus menerus mempertahankan prinsip masing-masing.

Sebagai sebuah parti berlandaskan perjuangan Islam, hasrat menjalinkan hubungan menerusi muzakarah dengan UMNO kelihatan tidak ubah seperti mencetuskan polimek baru dan tanda-tanda yang boleh membawa kehancuran kepada parti itu satu hari nanti.

Secara rasionalnya, ramai yang memahami muzakarah sedemikian adalah asas perbincangan meleraikan kekusutan yang wujud dikalangan umat Islam di negara ini sambil mengelakkan persengketaan sesama sendiri.

Cuma yang dibimbangi ramai pihak sekarang ialah usaha PAS tidak kena pada masanya kerana usaha itu seolah-olah menjadi batu loncatan kepada UMNO untuk memulih semula imej yang tercalar teruk selepas pilihanraya umum ke-12 lalu.

Seharusnya kepemimpinan tertinggi PAS sedar sudah terlalu banyak sandiwara berlegar dalam memecahbelahkan perpaduan parti dalam komponen Pakatan Rakyat. Apalah gunanya muzakarah itu diadakan jika ia berakhir tanpa memberi impak besar kepada umat Islam.

Bila menyebut nama UMNO pun tentu sudah terfikir bagaimana retorik dan langkah sama apabila berdepan dengan usaha-usaha dalam memperjuangkan Islam. Dalam apa jua keadaan, UMNO akan menggunakan pelbagai taktik dengan menjadikan agama Islam sebagai teras untuk mengekalkan kewibawaan mereka sebagai pemerintah.

Disana-sini, parti itu kerap mencanangkan tanggungjawab dalam memupuk perpaduan dikalangan umat Islam tidak pernah diabaikan bersesuaian dengan kedudukannya sebagai agama rasmi sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Kalaulah benar Islam dijadikan pegangan utama dikalangan para pemimpin UMNO, maka mengapa masyarakat Islam di Malaysia hari ini semakin disumbatkan dengan bermacam-macam gejala dan kekeliruan yang seolah-olah tiada jalan penyelesaian.

Nampak sangatlah kepemimpinan UMNO bermula dari era Dr Mahathir hinggalah zaman Pak Lah, masalah yang berkisar dalam kelompok umat Islam gagal ditangani dengan baik. Segala hal yang berkaitan semacam lesu terutama menerima campurtangan politik kepartian. Itu belum lagi diambil kira berkenaan kes-kes di mahkamah syariah hingga kadangkala bertahun-tahun untuk menyelesaikannya.

Keikhlasan PAS memulakan inisiatif ini memang sesuatu yang dimuliakan, tetapi nampakkah Nasaruddin Md Isa, Datuk Mustafa Ali dan Khalid Abd Samad yang membawa cadangan itu kepada Pak Lah terhadap keikhlasan UMNO pula untuk menerima perlawaan tanpa melibatkan agenda politik.

Mungkin ada baiknya PAS menerima pakai cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu muzakarah diadakan membabitkan pertemuan peribadi dan bukannya antara parti dengan parti.

Apa salahnya diwujudkan pihak ketiga yang arif berhubungkait dengan agama dan bebas dari politik kepartian untuk bertindak sebagai moderator. Dengan pendekatan ini ia setidak-tidaknya mampu mencari jalan penyelesaian dan tiada dalih yang boleh mengusutkan lagi situasi. Setiap resolusi atau hasil pertemuan itu boleh dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja dan Sultan-Sultan yang menjadi Ketua Agama Islam negeri.

18 July 2008

Anwar diakui jaguh bercakap, Undang-undang Syariah demi keadilan


Oleh: Dr Mahathir Mohamad

Saya harus mengucapkan tahniah kepada Kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Badawi kerana membenarkan debat antara Pembangkang dan Kerajaan, khususnya antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Shabery Cheek.

Ia bukanlah satu pertandingan yang adil. Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan didalam keadaan tertekan

Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar.

Sebagaimana yang saya katakan, Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya. Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terhadap Anwar kali ini adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri

Pada masa lalu saya adalah sasaran utama. Dato' Seri Abdullah telah menafikan pembabitannya kali ini tetapi media Barat dan teman-teman Anwar dari Amerika tidak dapat diyakinkan dan akan terus mengaitkan Abdullah.

Tetapi, adakah Kerajaan sekarang sebegitu bodoh dan tidak mempunyai daya imaginasi untuk menggunakan "taktik" yang sama terutamanya memandang kepada sikapnya yang kritikal terhadap Kerajaan dahulu?

Pastinya ia mampu untuk menggunakan cerita lain yang lebih meyakinkan jika ia memang merancang ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Ada kebarangkalian bahawa ceritanya sama kerana ianya benar.

Mungkinkah pihak yang membuat lapuran kali ini seorang yang cuba meniru? Agak mustahil. Tidak ramai yang sanggup kehadapan dan mengumumkan sesuatu yang amat mengaibkan seperti kena liwat.

Sebenarnya, dalam peristiwa yang lalu, sekurang-kurangnya dua orang menemui saya dan membuat pengakuan mereka telah diliwat oleh Anwar. Tetapi mereka tidak sanggup membuat laporan ataupun menjadi saksi dimahkamah.

Bagaimanapun, seorang dari mereka telah pergi menemui Imam Masjid Negara (sekarang ini ahli parlimen PAS) untuk mendapatkan nasihat dari sudut agama.

Ada beberapa tabiat yang sukar untuk dibuang. Perokok tegar akan menyatakan sedemikian. Begitu juga penagih dadah.

Sudah pasti ini tergantung kepada mahkamah untuk menentukan dan inipun jika kes ini akhirnya sampa kemahkamah. Mahkamah mungkin mendapati Anwar bersalah. Dia kemudiannya boleh merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi malahan kemahkamah-mahkamah khas yang diadakan untuknya.

Jika dia berjaya membuat Saiful kelihatan sebagai pasangan yang rela seperti didalam kes Azizan, maka kenyataan Saiful tidak boleh dianggap sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan. Anwar akan dibebaskan.

Anwar telah menolak untuk bersumpah diatas Quran untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Tetapi Saiful sanggup untuk melakukannya didalam masjid dan disaksikan oleh alim ulamak.

Tetapi ada seorang Mufti yang menentang cadangan ini. Jika seseorang itu tidak bersalah mengapa dia tidak boleh bersumpah untuk membersihkan namanya.

Menimbulkan isu "qazaf" hanyalah bertujuan untuk mengalihkan tumpuan. Ianya satu ugutan terhadap sipenuduh iaitu jika dia tidak dapat mengemukakan saksi-saksi dianya akan dituduh melakukan fitnah dan akan dihukum sebat.

Didalam Quran terdapat banyak penekanan terhadap keadilan. Berulangkali (sekurang-kurangnya 43 ayat) didalam Quran menyeru "bila kamu menghukum, hukumlah dengan adil."15.

Syariah itu bukanlah sekadar proses membuat penghakiman dan menjatuhkan hukuman. Undang-undang syariah bertujuan untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Akan menjadi satu ketidakadilan jika orang yang menjadi mangsa dihukum (kerana gagal mengemukakan empat orang saksi) manakala orang yang melakukan penganiayaan lepas bebas. Ini adalah satu ketidakadilan yang ketara. Pastinya tidak mungkin undang-undang Islam mengabaikan keadilan dan cuma tumpu kepada perbicaraan dan hukuman.

Diriwayatkan didalam Quran mengenai Zulaikha yang cintanya kepada Nabi Yusof dan dianya dipercayai mengejar Yusof kerana baju Yusof koyak dibahagian belakang.

Amat jelas Quran menerima bukti-bukti bersandarkan kepada keadaan (circumstantial evidence) walaupun tidak disokong oleh saksi-saksi. Ini kerana Islam meletakkan nilai yang tinggi kepada keadilan. Proses yang diambil didalam membuat sesuatu penghakiman adalah untuk memastikan keadilan tercapai. Proses itu tidak boleh disalahgunakan dan diperalatkan untuk menyekat keadilan.

Kerana itu, Anwar tidak harus mengelakkan diri dari diadili dengan menimbulkan soal qazaf. Dia mungkin boleh mencuba melakukannya dengan undang-undang buatan manusia tetapi dia tidak harus menggunakan hukum Allah untuk mencapai ketidakadilan. Ianya melanggar lunas Islam dan ini adalah berdosa.

Tayangan imej di DBKL membazir


Oleh: malaysiakini.com

DUA ahli Dewan Rakyat pembangkang bersiar-siar malam tadi dekat Dataran Merdeka, sambil menonton pertunjukan cahaya di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - tetapi mereka menganggap ia sebagai pembaziran semata-mata dalam usaha kerajaan menyeru rakyat berjimat-cermat.

Ahli-ahli Dewan Rakyat Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dan Segambut, Lim Lip Eng sempat bergambar dengan imej besar perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sebagai sebuah dewan bandaraya yang paling kaya di negara ini, DBKL harus menjadi contoh utama kepada jabatan-jabatan kerajaan lain untuk menjimatkan tenaga," kata Lim.
"Kenapa (kerajaan memperkenalkan langkah) menutup pendingin hawa dan lampu ketika waktu rehat tengah hari, sedangkan seluruh bangunan terang-benderang di waktu malam, dengan pertunjukan cahaya besar-besaran?"
"Bagaimana pertunjukan lampu ini setiap malam boleh memberi manfaat kepada orang ramai dalam zaman yang sukar ini (akibat kenaikan harga barang)?" ujar beliau lagi.

Pemuda PAS jelas isu kenyataan Hadi


"Dewan Pemuda PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap temubual presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kononnya mengkritik penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Laporan ini telah disiarkan dalam Malaysiakini pada 14 Julai bawah tajuk Kritikan Hadi pada Anwar, DAP.

Dalam kenyataan ini telah dinyatakan seolah-olah sumber-sumber Pemuda PAS telah membuat kenyataan seperti berikut:"Pemuda PAS menyifatkan pandangan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam wawancara minggu lepas sebagai isyarat kritikan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat 'agar tidak menimbulkan masalah' kepada PAS"Dewan Pemuda PAS Pusat mempertegaskan bahawa kami tidak pernah membuat kenyataan berhubung dengan kenyataan di atas.

Walaubagaimanapun Dewan Pemuda PAS Pusat berdiri teguh di belakang presiden dan menyokong kenyataan beliau dalam temubual dengan media pada minggu lepas.

Seterusnya laporan ini juga telah memetik daripada sumber Pemuda seperti berikut:"Kita tidak mahu kelompok konservatif (sebahagiannya dalam Dewan Ulama) mendapat balik sokongan ahli-ahli PAS," tambah sumber itu lagi."Laporan ini seolah-olah wujudnya kelompok-kelompok tertentu dalam PAS yang saling bersengketa antara satu sama lain.

Dewan Pemuda PAS Pusat telah menafikan sekeras-kerasnya wujudnya pertentangan di antara Dewan Pemuda PAS dengan mana-mana individu atau kelompok dalam PAS.Sebenarkan label kelompok yang kononnya wujud dalam PAS adalah tanggapan media sahaja.

PAS sebagai sebuah parti yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunah tidak langsung terjebak dalam pertentangan kelompok. Apa yang wujud dalam PAS adalah perbezaan pendapat dalam mematangkan sesuatu keputusan sahaja. Ini perkara biasa dalam mana-mana organisasi dalam dunia. - oleh: rusly_islam

17 July 2008

Anwar bimbang laporan dipinda


DATUK Seri Anwar Ibrahim sekali lagi melahirkan kebimbangan mengenai kenyataannya yang diambil oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPKKL) malam tadi berkemungkinan akan dipinda.

“Saya rasa tidak selesa apatah lagi saya tidak ditunjukkan laporan daripada pengadu. Mungkin laporan saya itu akan dipinda. Ini kerana tiada saksi yang boleh membuktikan laporan yang saya berikan itu asli atau tidak.

“Saya ada juga bertanya mengenai laporan pengadu, tetapi mereka hanya menjawab diarahkan tidak boleh beri laporan. Siapa yang arah?Timbalan Perdana Menteri, isterinya atau ketua polis negara sendiri?,”katanya.

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, beliau juga diarah mengambil sampel DNA dan contoh darah ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di HKL, tetapi enggan berbuat demikian atas nasihat para peguamnya dan pegawai perubatan.

"Apa perlu saya beri, Dulu pun mereka pernah paksa saya mengambil sampel itu. Jadi, apa saja boleh terjadi,” jelasnya dengan nada sangsi.
Pada 1.11 petang semalam, Anwar telah dibawa ke IPKKL oleh sepasukan anggota polis bertopeng yang difahamkan anggota D9 dan UTK selepas menahannya di kawasan kediaman beliau di Bukit Segambut sekembali dari memberi keterangan kepada BPR di Putrajaya.

Anwar dibenarkan pulang lingkungan jam 9.45 pagi tadi dan diarah kembali memberi keterangan di IPKKL pada jam 9.00 pagi, 18 Ogos ini.

Beliau juga menambah, ekoran keengganan pihak polis membebaskannya malam tadi menyebabkan pinggangnya mengalami kesakitan sehingga disuntik ubat penahan sakit.

“Walau diberi jaminan akan dibebaskan malam tadi oleh pegawai polis berpangkat SAC II dan ACP selepas keluar dari HKL, tetapi tidak berlaku. Malah saya terpaksa bermalam di lokap beralaskan simen di tingkat tujuh IPKKL.

“Akibat tidur atas simen, saya mengalami sakit pinggang. Nasib baiklah keadaan kembali baik selepas Wan Azizah datang pada jam 1 pagi dengan membawa tuala sebagai alas tidur. Bagaimanapun, polis memberi layanan yang baik sepanjang berada di sana," tegas beliau.

Anwar bebas pagi ini; adakan sidang media 2 petang



KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan dan selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPKKL) selama 16 jam.

Selepas dibebaskan, beliau terus pulang ke kediamannya di Bukit Segambut.

Beliau dijangka mengadakan sidang media di kediaman beliau pada jam 2.00 petang ini.

Semalam Anwar telah ditahan pada jam 12.50 petang dikawasan kediamannya sebaik sahaja selesai memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Polis mula merakamkan kenyataan Anwar mengenai dakwaan liwat terhadapnya kira-kira jam 2.30 petang semalam. Pada jam 10.30 malam, beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Semasa ditahan, para pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan turut tidak ketinggalan hadir untuk memberi sokongan kepada Anwar termasuklah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, ADR Wangsa Maju, Wee Choo Keong, ADR Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, ADR Lembah Pantai yang juga anaknya, Nurul Izzah dan ramai lagi.

Isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang awal sekali tiba ke IPKKL sebaik sahaja Anwar ditahan juga beberapa kali memasuki kawasan tersebut. Kali terakhir, sekitar jam 11.30 malam untuk menyerahkan persalinan dan tuala untuk kegunaan Anwar bermalam disana.

Difahamkan, Anwar telah ditempatkan di sebuah sel kosong tanpa tilam dan katil.

16 July 2008

Gambar sekitar IPK KL selepas Anwar ditahan









Anwar ditahan polis bertopeng


Oleh: malaysiakini.com


POLIS menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen baru ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Debat bersejarah Anwar-Shabery


KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek mengambil bahagian dalam perdebatan bersejarah mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam ini.

Perdebatan tersebut yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.Ia bermula jam 9 malam dan berakhir selama sejam.

Orang ramai menonton secara langsung perdebatan tersebut di Internet melalu Global Media Channel dan BernamaTV - atau di TV yang disiarkan oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV.

Perdebatan tersebut bermula dengan Anwar dan Shabery, masing-masing diberi masa empat minit sebagai pembuka bicara. Ia diikuti dengan soalan dari moderator, Datuk Johan Jaafar yang juga pengerusi DBP.

Kemudiannya dua ahli panel yang masing-masing mewakili Shabery dan Anwar bertanya soalan kepada kedua-duanyanya. Mereka ialah Editor Siasah, Zulkifli Sulong dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Datuk Nordin Kardi.

Anwar berkata kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40 peratus sekarang, kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurun harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat.

Dengan itu, katanya, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugian.

Di samping itu, katanya, lebih banyak lagi dapat diselamatkan jika dapat dikurangkan kebocoran yang berlaku, termasuk RM700 juta akibat kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel.Menurutnya, kerajaan juga boleh memperuntukan RM1 bilion daripada RM63 bilion sumbangan Petronas tahun ini untuk tujuan mengurangkan kadar harga minyak.Berdasarkan cadangan tersebut, katanya, harga petrol boleh diturunkan sebanyak 50 sen kepada RM2.20 selitar."Saya minta dengan baik dan ikhlas, betulkan ini, kita boleh jimat ini," katanya.

Dalam ucapan pembukaannya, Anwar menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringan beban rakyat akibat kenaikan kenaikan mendakwa harga bahan bakar tersebut.
Menurutnya, pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.

Shabery pula menjawab kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 selitar dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.

Lagi pula, tambahnya, harga minyak dipengaruhi oleh faktor global. Beliau mengimbau krisis global pada 1973-74 di mana rakyat menyokong tindakan Tun Razak Hussein menubuhkan Petronas, tetapi mendakwa Anwar membantah, sepertimana yang dilakukannya sekarang.

Menurut Shabery lagi, jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntung orang berada dan juga rakyat asing. Oleh itu, katanya, mengapa tidak wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya. Menurutnya lagi, Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.

Anwar bagaimanapun berkata, negara ini tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.Menurutnya, kenaikan mendadak harga minyak telah membebankan golongan miskin dan yang terpinggir dan meningkatkan lagi beban hidup mereka.

Tambahnya, Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat minyak tertinggi dari segi keuntungannya.Bagaimanapun, katanya, Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan 50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu.

Malah, katanya, kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja. - malaysiakini.com

15 July 2008

Dr M: Muhyiddin mampu tewaskan Najib


Oleh: malaysiakini.com


MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menewaskan Datuk Seri Najib Tun Razak jika beliau bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti yang akan datang.
Beliau berkata, Najib tidak akan dapat menjadi perdana menteri kerana beliau seorang pemimpin yang lemah dan tidak ada pendirian tetap.

Najib adalah timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno. Beliau menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti yang lalu.

Sebaliknya, Dr Mahathir meramalkan Muhyiddin lebih mudah diterima oleh ahli-ahli Umno yang menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mereka yang tidak menyokong presiden parti sekarang.

"Orang-orang ini yang menentukan siapa yang menang dalam pilihanraya, berbanding dalam pemilihan Umno kerana (ia) boleh dimanipulasi dengan pemberian wang ringgit dan pemberian lain,"katanya.

"Saya rasa Tan Sri Muhyiddin patut diberi peluang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di ibunegara pagi ini.

"Saya tidak kata saya menyokong Tan Sri Muhyiddin, tetapi saya menyokong sesiapa sahaja kerana saya bukan lagi ahli Umno.

Perlu pencalonan

"Jika Tan Sri Muhyiddin melawan Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddn akan menang, Najib akan kalah...," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, jika Muhyiddin menang timbalan presiden Umno, beliau sepatutnya dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

Katanya, semasa Tun Musa Hitam meletak jawatan, beliau memberi jawatan timbalan perdana menteri kepada Tun Ghafar Baba, setelah beliau menang dalam pertandingan Umno.

Muhyiddin merupakan naib presiden Umno yang terkanan dari segi lama memegang jawatan tersebut. Seorang lagi ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Manakala kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dibatalkan selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang.

Untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden, Muhyiddin perlu mendapatkan 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 bahagian Umno yang akan mula bermesyuarat pada 9 Oktober depan.
Usul tidak percaya
Pada 10 Julai lalu, Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.

Beliau juga mengumumkan akan bertanding mempertahankan jawatan presiden parti dalam pemilihan Umno pada 16 Disember depan.

Ketika ditanya mengenai usul tidak percaya Pakatan Rakyat terhadap kerajaan Abdullah, Dr Mahathir berkata, ia patut benarkan kerana BN tahu parti lawan tidak cukup wakil rakyat.
"(Tetapi) itupun BN tidak berani, mengapa takut sangat," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kemasukan parti kaum India, selain MIC ke dalam BN, tidak berjaya kerana presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menentang kemasukan mereka.
Beliau berkata, dalam BN kemasukan parti baru adalah mustahil jika tidak mendapat persetujuan penuh dari komponennnya.
"Samy Vellu menentang parti kaum India lain masuk BN kerana dia hendak menjadi wakil kepada kaum India," kata Dr Mahathir.

14 July 2008

Dr Mahathir persoal peralihan kepemimpinan


Oleh: Dr Mahathir Mohamad

Saya percaya ramai daripada ahli UMNO dan orang ramai juga berasa lega apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan yang dianya akan letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada Jun 2010. Pengisytiharannya di hadapan pemimpin-pemimpin UMNO dari seluruh Negara disambut dengan tepukan gemuruh.

Dia juga memilih Dato Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.

Saya tidak hendak pertikai samada ini menurut tradisi UMNO atau tidak. Tetapi saya ingin tarik perhatian kepada keadaan dalam parti UMNO, parti Barisan Nasional dan Negara menjelang pilihanraya ke-13 hanya empat setengah tahun lagi.

Umum tahu bahawa UMNO, BN dan parti-parti komponennya sudah rosak teruk dan tidak mendapat kepercayaan daripada rakyat lagi setelah lima tahun Dato Seri Abdullah menerajui Parti dan Kerajaan.

Buktinya ialah kekalahan teruk BN dalam Pilihanraya Umum ke-12, 2008. Belum pernah BN kalah sebegini dalam sebelas Pilihanraya Umum yang terdahulu, termasuk pada tahun 1969.Kerja untuk memulihkan parti-parti dan kepercayaan rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 memerlukan masa yang panjang. Masa yang ada hanyalah empat setengah tahun jika tidak kurang daripada itu.

Kenyataan yang dibuat oleh Dato Seri Abdullah bermakna dalam masa yang singkat ini, walaupun Dato Seri Najib mengambilalih pada Jun 2010; UMNO, BN dan Kerajaan akan dipimpin oleh dua pemimpin, masing-masing dengan masalah masing-masing dalam hanya dua setengah tahun bagi tiap satu.

Masa ini terlalu singkat untuk berusaha memulih semula parti BN, UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain. Sesungguhnya selain daripada parti-parti di Sabah dan Sarawak semua parti BN di Semenanjung telah ditolak oleh rakyat dan perlu rawatan luar biasa.Keadaan politik dan peristiwa selepas Pilihanraya Umum ke-12 bergolak dan tidak menentu. Sebenarnya kurang kepercayaan keapada BN menambah kerana mesej rakyat kepada pemimpin tertinggi Kerajaan tidak dipedulikan olehnya. Pemimpin ini ternampak khayal dan berada dalam keadaan menidakkan kenyataan.

Dengan Dato Seri Abdullah menerus kepimpinannya hingga Jun 2010, pemulihan tidak dapat dimulakan kerana beliau tidak faham kehendak rakyat - iaitu beliau berhenti daripada mengepalai parti dan Kerajaan.

Jika Dato Seri Najib ambil alih pada Jun 2010 dia hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan UMNO, pulihkan BN dan menolong memulih parti-parti komponen dalam BN.Kerja ini bukan mudah. Ia berkehendakkan Dato Seri Najib dan semua pemimpin UMNO dan BN turun padang untuk menjelaskan tindakan yang akan diambil oleh mereka untuk memperbaiki kerosakan dalam parti-parti mereka dan pemerintahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah.

Dimasa yang sama mereka perlu bertindak untuk memulih ekonomi negara. Dalam tiga empat tahun yang menyusul ekonomi dunia akan alami huru-hara kerana kenaikan harga minyak, bahan mentah dan makanan. Amerika Syarikat akan terus menghadapi krisis kewangan disebabkan hutang Amerika Syarikat yang tidak dapat dibayar dan kemelesetan ekonominya.

Dalam negara inflasi luar biasa akan berlaku disertai oleh pengangguran yang tinggi. Perniagaan runcit dan industri perkhidmatan akan tergugat. Kenaikan harga barang dan makanan akan diikuti dengan lebih ramai kes muflis dan penutupan perniagaan.

Semua ini perlu ditangani oleh Dato Seri Najib dan anggota Kabinet daripada BN dalam dua setengah tahun. Ini tidak boleh jadi kerja sambilan. Ia berkehendak tumpuan sepenuh masa.

Apakah Dato Seri Najib mampu menangani semua masalah-masalah ini disamping memulihkan parti-parti? Sebenarnya kredibiliti Dato Seri Najib telah banyak merosot sejak dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah.

Dahulu Dato Seri Najib merupakan bintang yang gemilang di antara Menteri-Menteri Kabinet. Tetapi oleh kerana dia tunduk rendah kepada Dato Seri Abdullah, dengan selalunya mengia apa sahaja yang dikata dan dibuat oleh Dato Seri Abdullah, pandangan tinggi rakyat kepadanya sudah jatuh merudum. Dia perlu masa untuk memperbaiki semula imejnya. Jika daripada sekarang hingga Jun 2010 dia masih dilihat sebagai "Mr Yes" yang utama, mustahil dia akan dapat pulih imejnya.

Kenyataannya yang dia berasa terharu kerana kepercayaan Dato Seri Abdullah kepadanya tidak meyakinkan sesiapa yang dia boleh ubah sikapnya. Dia akan dilihat sebagai pemimpin yang lemah yang mudah dikongkong oleh Dato Seri Abdullah.

Apakah ada jaminan yang dia akan dapat bebaskan dirinya daripada Dato Seri Abdullah setelah mengambil alih? Sukar bagi kita mempercayai yang dia mampu.Di masa yang sama banyak tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.Dalam keadaan ini pemulihan UMNO, BN, MCA , MIC, Gerakan dan PPP tidak mungkin dijayakan sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Dato Seri Abdullah harus tahu bahawa akhirnya rakyat yang akan menentukan siapa menang dan siapa kalah.Hari ini Dato Seri Abdullah boleh paksa, ugut, sogok ahli dan pemimpin UMNO untuk ikut kehendaknya, untuk sokong apa sahaja yang dikatakan olehnya, atau yang dibuat olehnya.

Tetapi seperti pada Pilihanraya Umum ke-12, ahli UMNO dan BN, penyokong biasa UMNO dan BN dan mereka yang secara terbuka pandang jijik kepada kepimpinannya akan tolak UMNO dan BN. Percayalah jika UMNO dan BN hendak dipulih supaya tidak kalah lebih teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 berbanding Pilihanraya Umum ke-12 Dato Seri Abdullah perlu letak jawatan sekarang juga.

Biarlah ada pertandingan untuk jawatan-jawatan presiden, timbalan presiden dan lain-lain dalam Mesyuarat Agong Disember ini.Siapa juga yang dipilih hendaklah diasingkan daripada Dato Seri Abdullah supaya pengaruhnya dan ketamakan konco-konconya tidak lagi dapat merosakkan negara.

Apabila ini berlaku maka kepemimpinan baru dan seluruh jentera parti boleh digerak dengan semangat yang baru untuk berusaha menarik balik ahli dan penyokong yang telah undi parti lawan atau merosakkan undi pada Pilihanraya Umum ke-12.

Kerajaan perlu disusun semula supaya dapat menghadapi dan mengatasi masalah ketidakstabilan politik, masalah ekonomi yang telah rosak dan tekanan politik dan ekonomi dari luar negeri.Ahli UMNO yang sudah di sedapkan oleh kenyataan Dato Seri Abdullah perlu fikir dengan mendalam. Jika kerana diri sendiri hendak senang Parti UMNO biar dihancurkan, generasi sekarang dan akan datang akan kutuk kamu.

Janganlah kerana duit RM100, kain pelikat dan sejadah, bangsa sendiri dijual.Janganlah utamakan kepentingan diri, keinginan untuk jadi menteri, untuk mendapat kontrak bagi diri sendiri, maka bangsa dan maruah dijual.
Ingatlah beberapa Menteri Besar yang begitu yakin mereka akan terus jadi MB, akan terus mengagih peluang jadi Exco, peluang untuk kekayaan dan dengan itu menyatakan dengan kuat sokongan mereka kepada Dato Seri Abdullah, Presiden UMNO, hari ini jadi ketua pembangkang, terpaksa tinggal mahligai mereka dan tidak boleh beri gula-gula kepada yang mencium tangan mereka.

Dan Dato Seri Abdullah sendiri harus ingat parti lawan hanya memerlukan 30 kerusi sahaja lagi untuk menang pilihanraya. Sokongan oleh ahli yang setia secara buta tuli tidak mencukupi untuk menang. Sokongan penyokong yang bukan ahli diperlukan.Di masa yang sama jikalau calon-calon parti komponen tidak menang kerana orang Cina dan India tidak suka pada Dato Seri, justearu itu menolak MCA, MIC, Gerakan dan PPP, BN tidak akan menang Pilihanraya Umum ke-13, Dato Seri tidak akan dapat memberi gula-gula lagi.
Ingatlah kalau UMNO kalah Pilihanraya Umum ke-13, ia tidak akan kembali berkuasa walau siapa pun yang memimpinnya.Sedarlah akan hakikat ini semua. Jika Dato Seri kalah, UMNO dan BN kalah, generasi ini dan akan datang akan kutuk Dato Seri, pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

13 July 2008

Salah besarkah bermuafakat dalam Pakatan Rakyat?


PELBAGAI tafsiran, analisa, kupasan, andaian dan kesimpulan telah dibuat oleh pelbagai pihak berhubung wawancara Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dalam keluaran Harakah terbaru bertajuk “ Memantapkan Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat”.

Ada yang kata Tuan Guru beri mesej supaya kita berhati-hati menjaga parti di kala sibuk berpakat dengan pihak-pihak lain; ada pula yang berpendapat Tuan Guru suruh kita lebih bertegas dengan rakan-rakan lain di dalam PR berkaitan isu agama dan peranan PAS; juga tak kurang yang menyatakan kesungguhan Tuan Guru di dalam usaha mengukuhkan PR; malah ada juga yang berpandangan bahawa mesej Tuan Guru ialah supaya kita bersedia untuk keluar daripada PR jika mereka masih merendah-rendahkan kita.

Saya tak tahu apa tafsiran teman-teman semua apabila menatap wawancara yang dimaksudkan. Tajuknya pun bagi saya dah cukup jelas kecualilah kalau ada “mufasirin-mufasirin” yang memiliki ilmu ghaib yang amat hebat dapat menangkap ayat-ayat mutasyabihaat di dalam wawancara tersebut.

Biar saya lontarkan satu senario di sini. Katakanlah selepas beberapa kerat yang termakan umpan UMNO ini berjaya meyakinkan pimpinan PAS bahawa strategi bergabung dengan UMNO adalah jauh lebih menguntungkan PAS (?) dan Islam (?) daripada kekal di dalam PR.
Sekurang-kurangnya UMNO dah berjanji nak beri kita Terengganu dan PAS boleh laksanakan hukum hudud di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Dan mungkin juga beberapa jawatan menteri pusat turut diserahkan kepada PAS. Duduk di dalam PR buat apa, nanti bila Anwar bawa masuk orang-orang bukan Islam dari Sabah dan Sarawak, peranan PAS akan lebih mengecil di dalam PR dan kemungkinan besar akan dipinggirkan.

Justeru itu sudah tentu lebih baik kita bekerjasama dengan UMNO sekarang sebelum golongan “bukan Islam” menguasai negara. Bunyinya amat menarik sekali, begitu menggiurkan, malah boleh menawan hati sebahagian rakan-rakan kita yang tak menang pilihanraya baru-baru ini.

Tetapi ada satu perkara yang mereka ini lupa, iaitu erti semangat kerjasama dan kepercayaan rakyat. Kita bersetuju berpakat di atas nilai-nilai kemanusiaan sejagat (yang sememangnya selaras dengan Islam) seperti keadilan, ketelusan, bersih dan berkebajikan. Dan semua ini dikongsi bersama oleh rakan-rakan kita di dalam PR.

Kita masuk di dalam pilihanraya berasaskan janji-janji ini dan rakyat dari pelbagai latarbelakang bersedia melupakan perbedaan mereka demi untuk perubahan, perubahan daripada cengkaman politik rimba UMNO BN selama 50 tahun. Dan dengan perubahan ini Kedah berjaya dibolot oleh PAS. Tetapi apabila dah menang ada pula di kalangan kita yang cuba nak punahranahkan permuafakatan ini atas alasan yang remeh temeh. Sapa kata mudah untuk kita mengadakan hubungan dengan orang lain, tambahan pula berbeda ideologi dan kepercayaan. Tentu susah.

Tetapi itu tidak bermakna mudah pula kita menjalin hubungan dengan UMNO walaupun mereka ini sama agama dan bangsa dengan kita. Sejarah telah membuktikan bagaimana UMNO ini bukan satu puak yang boleh dipercayai bukan saja oleh orang luar malah sesama mereka pun! Ingat kisah Anwar dan Ku Li dahulu.

Jadi apabila kita sengaja mencari jalan untuk memecahbelahkan PR, dan jika ianya berhasil maka rakyat (termasuk sebahagian ahli PAS) akan menganggap PAS sebagai tidak amanah dan tidak setia kepada kehendak rakyat.

Tambah seksa kita lagi jika kita keluar PR untuk kerjasama pula dengan UMNO. Mungkin kita akan selesa setahun dua dengan janji-janji manis UMNO. Tetapi apabila PAS tidak diperlukan lagi kita akan dihumban keluar dengan hina. Pada masa itu sapa yang akan menyambut kita?

Saya tak dapat bayangkan senario ini berlaku di waktu hayat saya masih ada. Tentu ia satu malapetaka yang besar jika terjadi perpecahan sesama kita. Betullah ada perkara yang tak berapa cantik di dalam PR. Itu tidak dapat kita nafikan dan sememangnya menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk PKR dan DAP untuk sama-sama bermuafakat. Sebab itu kita panggil pakatan rakyat.

Apa-apa perkara yang menjadi masaalah perlu kita selesaikan secara baik dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara di hadapan. PKR dan DAP perlu hormat kepada prinsip perjuangan PAS dan begitu juga kita perlu menghormati rakan-rakan kita di dalam PR. Jika berlaku insiden-insiden yang kurang elok (seperti peristiwa di Stadium MBPJ Kelana Jaya) kita bawa berbincang untuk menyelesaikannya dan kita cari jalan terbaik mengatasinya. Bukankah selama ini pun kita sentiasa berbincang, baik mengenai kerusi yang nak ditandingi, pembahagian EXCO, ahli majlis, ketua kampung, JKKK dan lain-lain lagi.

Perlukah kita berhenti berbincang sedangkan hubungan kita ini masih terlalu baharu, cuma lebih sikit 4 bulan. Orang berkahwin pun masih tak dapat sesuaikan diri di dalam masa 4 bulan, inikan pula 3 parti yang berlainan ideologi! BN yang telah lama bergabung tu pun tak terlepas daripada menghadapi masaalah sesama parti komponen mereka. Dan apa jaminan jika kita bergabung dengan UMNO kita tidak akan hadapi masalah?

Saya tidak menyatakan kita perlu mengorbankan prinsip perjuangan kita demi nak memuaskan hati rakan-rakan di dalam PR. Mereka pun telah masak dengan fahaman dan pegangan kita. Bayangkan kalau kita mendapat majoriti di Perak tiba-tiba jawatan MB perlu diberi kepada orang lain. Saya yakin orang PAS akan merusuh jika keadaan ini berlaku. Tetapi orang-orang DAP masih boleh berkompromi dan sanggup berkorban untuk PR. Malah di Selangor dengan kedudukan menumpang, kita masih mendapat ruang yang cukup baik di dalam pembahagian kuasa. Dan dengan ruang yang ada ini kita telah mula mendapat manfaat di dalam kerja-kerja Islam dan dakwah kita.

Cuma apa yang perlu ialah komitmen yang lebih daripada ahli dan aktivis untuk mempertingkatkan lagi jati diri dan pengaruh PAS di kalangan masyarakat. Saya yakin jika kita tingkatkan lagi usaha menggunakan ruang-ruang yang ada, peluang melonjakkan PAS dan PR nampak amat cerah sekali.

Anak Bapa: Cakap-cakap Tuan Guru itu dan diperkuatkan oleh kenyataan Tok Guru Nik Aziz sebelum ini meyakinkan saya bahawa pimpinan kita mampu menjaga PAS dan PR demi kemaslahatan umat Islam dan Melayu di negara ini. Kepada yang dua tiga kerat yang minat sangat dengan UMNO tu boleh pi isi borang dan ikut jejak langkah Ezam. Pimpinan suruh pi ajak orang-orang UMNO masuk PAS dan PR, yang dia orang pi ajak orang PAS join UMNO tu buat apa? - http://anakbapa.blogspot.com/

Liwat: Ezam bongkar rahsia Anwar jika dicabar atur konspirasi


Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, beliau akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan bekas timbalan perdana menteri itu menerusi tuduhan liwat.

"Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dan isteri Anwar) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam satu ceramah mengenai isuisu semasa anjuran UMNO Bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan "Alam Free Speech" di Seksyen 19 di sini malam tadi.Beliau kini aktif mengambil bahagian dalam siri jelajah ceramah di seluruh negara sejak kembali ke pangkuan Umno Mei lalu.

Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, beliau akan membongkar segala apa yang beliau tahu mengenai pemimpin PKR itu walaupun ia akan mengaibkan anakanak dan keluarga Anwar.

Kata Ezam, beliau tidak berniat untuk mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar tetapi jika maruahnya terus dicabar kononnya beliau dibawa masuk ke dalam UMNO dan di beri habuan berjuta-juta ringgit, beliau terpaksa bertindak.

Dipetik Bernama, Ezam berkata, beliau telah berjumpa dengan dua ulama muktabar untuk mendapatkan pandangan mereka dan diberitahu adalah wajib bagi beliau untuk mempertahankan maruahnya.

Beliau juga berkata, anggota-anggota UMNO juga perlu bangkit dan berjuang mempertahankan parti dan pemimpinpemimpinnya yang kini diasak oleh Anwar.

Ezam berkata, dakwaan Anwar terdapat konspirasi politik ke atasnya setelah pembantu khas beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 membuat laporan polis bahawa Anwar telah meliwatnya bulan lepas sepatutnya berkisar sebagai masalah peribadi Anwar dan pemuda itu sahaja.

Kata beliau, perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu.Semalam di Kota Baharu, Kelantan,

Ezam mendakwa pengaruh Anwar di kalangan pakatan parti pembangkang kian terhakis berikutan tuduhan terbaru kes liwat yang dihadapinya.Menurut Ezam, agi mengalih perhatian rakyat daripada masalah yang dihadapi oleh Anwar, PKR sengaja membuat gimik politik melalui tindakan Dr. Wan Azizah mengemukakan notis usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mengulas tindakan Dr. Wan Azizah menyerahkan notis itu kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bangunan Parlimen semalam.

"Untuk menyelamat keadaan yang semakin rapuh itu mereka sengaja menimbulkan isu itu seolah-olah negara sedang menghadapi masalah yang lebih besar dan perlu diberi perhatian segera," katanya kepada pemberita selepas berceramah politik di sini malam tadi.

Beliau juga yakin cadangan undi tidak percaya itu tidak akan memberi kesan sedikit pun kepada kestabilan negara kerana rakyat sudah pandai menilai siapa yang benar.Ezam turut mengakui bahawa sejak beliau keluar daripada PKR dan menyertai Umno, terdapat banyak pihak yang menyerangnya secara peribadi termasuk melalui SMS dengan membuat pelbagai cemuhan terutama daripada angkatan muda PKR.

Beliau berkata, bagi menegakkan kebenaran beliau sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja termasuk berdebat dengan Anwar yang kini lebih suka membuka pintu kepada orang luar untuk menguasai kepimpinan asalkan beliau dapat menjadi Perdana Menteri.

Ezam juga mengancam akan mendedahkan satu rahsia besar bersama buktinya berhubung PKR sekiranya ada pihak yang berterusan cuba memperlekehkan maruahnya.

"Tunggulah sampai masanya saya akan dedahkan," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenainya.Ezam juga berharap pemimpin PKR lain tidak memberikan sokongan "membabi buta" terhadap Anwar dan sebaliknya berpegang teguh kepada prinsip perjuangan mencari kebenaran dalam Islam.

"Tak semestinya setiap pemimpin itu (bercakap) benar, salah juga jika percayakan Anwar 100 peratus. Ia bertentangan dengan prinsip Islam dalam mencari kebenaran dan penyelesaian sesuatu masalah," katanya. - mSTAR Online

Debat terbuka harga minyak: Anwar, Shabery usah tunjuk hero

JIKA benarlah majlis debat antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menjadi kenyataan pada 15 Julai ini, maka ia merupakan satu lagi sejarah politik tanahair tercipta kerana ia terbuka kepada orang ramai malah akan mendapat liputan secara langsung dari sebuah stesen televisyen tempatan.

Melihat kepada kesediaan kedua tokoh berkenaan untuk menyatakan pendirian dalam konteks “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak” sudah cukup membuktikan kewibawaan prinsip masing-masing biarpun ada pihak memperkecilkan program itu.

Kata mereka, tak molek seorang tokoh utama sebuah parti turun gelanggang berdepan dengan pemimpin yang tak ubah seperti ‘bilis’ yang begitu taksub mempertahankan dasar kerajaan sehingga sanggup meminta PM mencari menteri penerangan yang lebih baik andai beliau gagal.

Jika setakat memiliki pengalaman sebagai pensyarah, pegawai khas kepada MP Gua Musang selain pernah bertindak sebagai Ketua Penerangan Parti Semangat 46, Shabery belum boleh menabik dada.

Tak tahulah kesungguhan anak muda Kemaman ini yang diberi peluang bossnya di Perdana Putra diangkat sebagai menteri penuh mahu membuktikan kejantanan dan tidak gentar laksana seorang pahlawan terbilang.

Disebalik keghairahan beliau, apakah Shabery benar-benar ikhlas dalam mempertahankan dasar naungan Pak Lah khususnya ketepatan kerajaan menaikkan harga minyak atau semata-mata mahu menguji sejauhmana populariti beliau dikalangan pemimpin-pemimpin politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Barangkali di hatinya sudah tersemat, apa nak jadi-jadilah asalkan perdebatan ini berlangsung. Ini adalah detik hidup dan matinya sebagai ahli politik. Andai beliau mampu menyaingi dan mematah setiap soalan dalam majlis itu tidak hairan dia akan dijulang sebagai hero dan mampu menaikkan rating dalam pemilihan UMNO Disember ini.

Sebagai orang baru, beliau tak rugi apa-apa kiranya suaranya terkedu di majlis itu. Semua ini tentunya telah diambil kira oleh Shabery sebelum mengusulkan majlis ini diadakan. Setidak-tidaknya beliau mampu tersenyum bila namanya akan terpahat dan mula bermain dibibir rakyat jelata. Siapa sangka dari hanya memiliki sebuah kereta peugeot lama, dia bakal dinobatkan menteri paling popular tahun ini.

Bagi Anwar pula program tersebut sudah tentu menjadi patform beliau menyatakan pendirian tegas mengapa harga minyak perlu diturunkan kiranya Pakatan Rakyat memerintah negara sekalipun di sanubarinya beliau lebih ‘teringin’ untuk berdebat sama ada dengan Pak Lah atau timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Disinilah detik penentuan Anwar, apakah setiap kata-kata yang dilontar dalam siri ceramah politik dan manisfesto Pakatan Rakyat selama ini mampu diterjemahkan beserta bukti-bukti kukuh bagaimana kewajaran harga minyak perlu diturun bukan semata-mata untuk tujuan menyakinkan rakyat jelata untuk mengundi mereka pada pilihanraya umum ke-12 lalu. Tentu ramai akan tertanya-tanya apa ada dalam poket Anwar untuk menyatakan kaedah terbaik menurunkan harga minyak. Justeru, sama-samalah kita tunggu dan lihat kesudahan noktah kata-kata Anwar.

Cuma diingatkan kepada Anwar mahupun Shabery, kedua-duanya perlu tertib dalam melontar pendapat masing-masing supaya debat tersebut berjalan dalam suasana harmoni dan dihindari dengan polemik yang kurang menyenangkan yang seolah-olah menjadi medan menunjukkan aksi hero tanpa memikirkan pelbagai tanggapan rakyat sebaik sahaja selesai menonton secara dekat di dalam dewan mahupun mengikuti siaran langsung di televisyen - http://nakmarahmarahlah.wordpress.com/

09 July 2008

Ikut nasihat ulama, Anwar buat aduan 'qazaf' di Jawi


PENASIHAT PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat aduan berhubung isu fitnah yang dilemparkan ke atasnya di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Anwar hadir dengan ditemani oleh isteri beliau yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beserta dua orang peguamnya iaitu Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

"Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini.

"Dan saya dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang peruntukan 'qazaf'. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera," katanya kepada pemberita.

Sementara itu Kamar Ainiah menjelaskan kepada pihak media, hukuman dan makna 'qazaf' yang termaktub dalam undang-undang syariah di negara ini.

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan." kata Ainiah.

'Qazaf' katanya ialah tuduhan palsu terhadap zina dan jika sabit boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 dan ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan.

Turut ditanya berhubung isu sumpah yang turut dibangkit pelbagai pihak demi membersih tuduhan terhadapnya dan Anwar menyatakan mengikut pandangan ulama yang melarang berbuat demikian.

Malah katanya sumpah menjunjung al-Quran tidak ada nas atau dalilnya dalam Islam.

"Saya tidak boleh ikut cabaran. Kalau mahu guna al-Quran, guna Islam ianya mesti ikut syarak...bukan isu politik atau isu peribadi. Ini nasihat yang diberi oleh ulama dan saya tunduk dengan nasihat itu.

"Kalau mereka kata perlu jawab sumpah, kita jawab. Tapi setakat ini ianya isu jenayah kalau 'you' buat tuduhan, 'you' kena jawab," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu. - HarakahDaily.Net

Pengakuan seorang sahabat kepada Ezam


Assalamualaikum wbth...

Pertamanya saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Sdr. Ezam. Saya doakan Ezam sentiasa sihat dan dapat mendirikan Sholat dengan istiqamah dan khusuk ketika ini.

Bila saya baca profile Ezam dalam ezam.my, saya agak terkejut bila jawatan Ezam tidak disebut mengenai keADILan dan PKR di situ. Buat pengetahuan Ezam, saya Sahat Mohd Saleh adalah bekas Ketua Pemuda keADILAan Johor Bahru yang saudara minta saya bawakan buku2 dan kandungan ' 6 peti rahsia ' dari JB ke Singapora 8-9 tahun yang lepas.

Mungkin Ezam malu nak menyatakan jawatan Ezam bersama-sama kami dahulu kerana menjaga 'periuk nasi' sekarang...

Buat pengetahuan Ezam, saya adalah kawan karib Lokman. Mungkin sehingga hari terakhir Ezam nak mati nanti pun mungkin Ezam tidakkan lupa nama, rupa , sendu tawa dan sikap LOKMAN NOOR ADAM. Walaupun beliau mempunyai senjata yang cukup untuk ' membungkus ' Ezam hari ini. Saya sebagai sahabat karibnya. Tidak akan membenarkan beliau tersungkur dlm dunia politik.

Buat pengetahuan tuan Ezam, terlalu banyak ' rekod ' perbualan telefon dan SMS Ezam dan data data2 kewangan Ezam ' mungkin berada' berada ditangannya. Cuma saya berharap saudara dalam mencari rezeki untuk anak-anak dan keturunan.

Usahlah terlalu mencaci cemuh bekas Mentor kita ....DSAI. Saya ada bertanya PA abg Azmin. " apa kata DSAI pasal Ezam ...." DSAI cakap.... " Biarlah dia baru nak belajar berdikari... "

Bagi saya, walaupun Ezam baru berjinak-jinak mau menjadi menteri ...menderhaka pada gurunya sendiri tu tidak membawa kemana. Saya rasa tuan tidak patut membunuh LOKMAN dan DSAI. Waktu dulu, sekarang dan akan datang. Ezam terlalu cetek dlm dunia politik dan perjuangan. Kerana RM Ezam menikam sana dan sini. Saya pun kekadang malu nak baca cerita-cerita tuan dalam Utusan Malaysia..... Banyak2 manusia dalam dunia, guru sendiri dilawan....

Tapi saya yakin dan mungkin DSAI yakin dengan keupayaan Ezam dalam politik. Dia masih belum berminat 'merotan anak-anaknya '. Saya bimbang, jika DSAI hilang sabar... Kemana agaknya Ezam hendak bawa diri nanti jika ianya berlaku.

Tempoh hari ada teman di Surau bertanya. " Betulkah DSAI meliwat Saiful tu..... " Saya jawap... Tu kena tanya Ezam. Ezam pun cun jugak.... dialah orang pertama diliwat kerana muka dia lebih kurang Saiful jugak.... mungkin rindukan punggung Ezam, Saiful jadi mangsa.. "

So, Saudaraku Ezam.. selamat berjuang. Semoga Ezam berjaya dan ikhlas dalam perlakuan sehari-hari.

“LAWAN TETAP LAWAN”
Sahat Mohd Saleh
Setiausaha Angkatan Muda keADILan Negeri Johor